Waspada Terdapat Pihak Yang Menyamar Sebagai Agensi MKN Jalankan Imunisasi COVID-19

TULAR:
1584

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menasihatkan agar semua pihak berhati-hati dengan taktik terkini pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi COVID-19 yang sedang melanda kini.

Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menjalankan imunisasi COVID-19 dari rumah ke rumah. Jangan benarkan sesiapa untuk masuk ke rumah anda untuk tujuan tersebut. Sila ambil perhatian dan tindakan sewajarnya.

SUMBER:

Twitter Rasmi JPM

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI