Waspada Terhadap Fenomena La Nina Singkat yang Dijangka Melanda Pada Awal Musim Sejuk 2025/2026

TULAR:
108

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):

Malaysia dijangka berdepan fenomena La Nina singkat pada awal musim sejuk 2025/2026 dan berpotensi menjejaskan corak hujan bagaimanapun keadaan dijangka kembali stabil ke paras neutral.

Tinjauan cuaca jangka panjang September 2025 hingga Februari 2026 menunjukkan majoriti model iklim antarabangsa meramalkan keadaan El-Nino Southern Oscillation (ENSO) kini neutral dengan kebarangkalian 56 peratus berterusan sehingga Oktober ini.

Fenomena tersebut dijangka memberi kesan kepada corak taburan hujan di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pada masa ini, negara masih berada dalam fasa akhir Monsun Barat Daya yang dijangka berlarutan hingga bulan September 2025. Tiupan angin barat daya menyebabkan kelembapan udara rendah sekali gus mengurangkan pembentukan awan hujan di kebanyakan negeri.

SUMBER:

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI