Waspada Terhadap Kewujudan Akaun Palsu Yang Menyamar Sebagai Wakil Perkhidmatan Pelanggan MAS Bagi Tujuan Penipuan

TULAR:
51

Menurut kenyataan Malaysia Airlines (MAS):

Baru-baru dilihat berlaku peningkatan kewujudan akaun-akaun palsu yang menyamar sebagai wakil perkhidmatan pelanggan syarikat tersebut, terutamanya melalui ruangan komen di media sosial.

Akaun-akaun palsu berkenaan dipercayai akan cuba memperdayakan pengguna bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi, butiran pembayaran, serta mengarahkan pengguna ke pautan yang mencurigakan.

SUMBER:

Facebook Rasmi MAS


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI