Wujudnya Kumpulan Ajaran Sesat ‘Yayi’ Di Johor?

TULAR:
190

PENJELASAN :

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memperjelaskan laporan bahawa terdapat kumpulan ajaran  sesat ‘Yayi’  di Johor sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAINJ, Dr Mohd Azman Mohsin, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sudah mengambil tindakan terhadap kumpulan ajaran sesat ‘Yayi’ tahun lalu namun isu terbabit kembali ditularkan pihak tidak bertanggungjawab, baru-baru ini.

Hasil risikan terhadap ajaran sesat itu didapati hanya membabitkan kalangan keluarga mereka saja dan tindakan terhadap kumpulan itu sudah diambil JAINJ.

Beliau menjelaskan, “Kes ini (berlaku) pada tahun lalu sebenarnya, cuma ia baru ditularkan dan hasil risikan mendapati ia hanya membabitkan keluarga mereka saja. JAINJ sudah mengambil tindakan dan fatwa mengenai ajaran sesat ini sudah dikeluarkan Jabatan Mufti Johor, 24 Januari lalu.

“Isu ini juga selesai berikutan kematian ketua kumpulan berkenaan dan mereka yang terbabit dengan kumpulan itu juga sudah menjalani kaunseling di Pejabat Kadi Daerah Tangkak dan Ibu Pejabat JAINJ. Pemantauan lanjut juga masih diteruskan oleh JAINJ”.

SUMBER : 

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI