SEBENARNYA:
Menurut kenyataan rasmi Hospital Beaufort:
Pihak Hospital Beaufort ingin merujuk kepada dua (2) mesej suara (voice message) yang tular dalam aplikasi WhatsApp adalah tidak benar. Kedua-dua mesej suara berkaitan seorang makcik yang disahkan positif COVID-19 telah mengunjungi BSN dan dicari oleh pihak hospital.
Kedua-dua mesej suara yang tular ini adalah tidak benar. Orang awam dinasihatkan untuk tidak panik dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian COVID-19.
SUMBER:
Facebook Rasmi Hospital Beaufort