Makluman: Malaysia Masih Bebas Daripada Sebarang Wabak Penyakit Babi Yang Disebabkan Bakteria Streptococcus Suis

TULAR:
60

Menurut kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS):

DVS telah menerima pelbagai reaksi terhadap laporan media tempatan Thailand tentang kes kematian manusia akibat jangkitan bakteria Streptococcus suis yang berpunca daripada ternakan babi di Thailand baru-baru ini. Penyakit tersebut atau streptococcosis yang juga dikenali sebagai deafness fever pada manusia, telah mencetuskan amaran kesihatan awam di negara Thailand. Walau bagaimanapun, sehingga saat ini, Malaysia MASIH BEBAS daripada sebarang wabak penyakit babi yang disebabkan bakteria Streptococcus suis.

Bakteria ini lazimnya mendiami bahagian atas saluran pernafasan babi secara semula jadi, khususnya di kawasan tonsil, dan boleh juga dijumpai di saluran pembiakan dan sistem pencernaan babi yang sihat. Walau bagaimanapun, apabila ternakan babi berada dalam keadaan tekanan tinggi, bakteria Streptococcus suis boleh menyebabkan penyakit streptococcosis kepada ternakan babi tersebut.

Antara faktor yang boleh menyebabkan tekanan tinggi kepada ternakan babi termasuklah;

  1. Kepadatan ternakan babi yang terlalu tinggi.
  2. Pengudaraan yang sangat teruk dan tidak mencukupi.
  3. Perubahan turun naik suhu yang melampau.
  4. Pencampuran ternakan babi dengan perbezaan umur melebihi 2 minggu, dan
  5. Ternakan babi sedang dijangkiti penyakit lain.

Justeru itu, para penternak dan pengendali ternakan babi dinasihatkan untuk memastikan perkara berikut sentiasa dipatuhi:

  1. Amalkan biosekuriti ladang yang baik
  2. Pastikan kebajikan ternakan babi sentiasa terjaga
  3. Memantau kesihatan ternakan babi setiap masa, dan
  4. Melaporkan dengan segera kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar sekiranya terdapat sebarang tanda penyakit pada ternakan babi.

SUMBER:

Facebook Rasmi DVS

X rasmi DVS


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI