Makluman: Operasi Pembenihan Awan Bagi Menangani Situasi Jerebu Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya

TULAR:
5

Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA):

Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi mengurangkan kesan jerebu di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

OPA dijadualkan dilaksanakan pada 19 dan 20 September 2026 berikutan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) bagi parameter PM2.5 di kawasan terlibat melebihi 150 untuk tempoh lebih 24 jam berdasarkan bacaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Operasi ini melibatkan kerjasama agensi berkaitan dengan menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM sebagai aset utama bagi pelaksanaan pembenihan awan.

Ketua Pengarah NADMA, Dato’ Meor Ismail Meor Akim berkata, OPA merupakan antara usaha Kerajaan untuk membantu mengurangkan kesan jerebu dan memperbaiki keadaan kualiti udara di kawasan terjejas.

“Pelaksanaan operasi bagaimanapun tertakluk kepada keadaan cuaca dan kewujudan awan yang sesuai bagi proses pembenihan,” katanya.

NADMA bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan situasi jerebu dan keadaan cuaca semasa bagi memastikan tindakan yang bersesuaian dapat diselaraskan dari semasa ke semasa.

SUMBER:
Facebook Rasmi NADMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI