Hebahan Yang Tular Berkaitan Peluang Kerjaya, Tender, Perolehan Dan Urusan Rasmi FAMA Adalah Tidak Benar

TULAR:
5

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA):

FAMA ingin menegaskan bahawa sebarang iklan, tawaran tender, perkhidmatan, pelantikan atau urusan rasmi yang tidak dikeluarkan melalui saluran rasmi FAMA adalah tidak sah dan tidak mewakili FAMA.

Orang ramai dinasihatkan agar:

• Tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan;

• Sentiasa menyemak kesahihan sebarang iklan, tawaran atau hebahan berkaitan FAMA melalui saluran rasmi; dan

• Berhati-hati terhadap sebarang permintaan maklumat peribadi atau bayaran yang mencurigakan.

Sebarang hebahan rasmi berkaitan peluang kerjaya, tender, perolehan dan urusan rasmi FAMA hanya akan disalurkan melalui platform rasmi agensi.

SUMBER:

Facebook Rasmi FAMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI