
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN):
JBSN telah mengesan beberapa poster palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab berhubung permohonan sukarelawan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.
Poster tersebut telah memaparkan kod QR yang tidak sah yang mana akan dibawa dan dipautkan ke halaman yang tidak ditadbir dan diselia oleh JBSN dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).
Sehubungan itu, JBSN menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dan hanya merujuk kepada poster yang sah di laman sosial rasmi JBSN, KBS dan agensi di bawah KBS sahaja.
SUMBER:






