
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster yang mendakwa QR memulakan caj perkhidmatan pada 1 November 2026 kerana maklumat tersebut adalah PALSU.
Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan.
Orang ramai disaran untuk sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.
SUMBER:






