Makluman: Tiada Penglibatan Kerajaan Negeri Johor Dalam Kes Rasuah Dan Salah Guna Kuasa Berkaitan Permohonan Lot Perumahan

TULAR:
8

Menurut kenyataan YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor :

Beliau mengambil maklum berhubung tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor terhadap seorang individu yang disyaki terlibat dalam kes meminta dan menerima rasuah serta salah guna kuasa berkaitan urusan permohonan lot tapak perumahan.

Beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai merit kes yang sedang dalam siasatan dan menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM serta proses undang-undang untuk menjalankan siasatan secara telus, profesional dan berlandaskan undang-undang.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, siasatan kes ini tidak melibatkan mana-mana pihak dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, sama ada dalam kalangan Exco atau mana-mana pegawai Kerajaan Negeri Johor. Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau mengaitkan kes ini dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor.

Beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan, menipu rakyat atau menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan keuntungan peribadi dalam apa juga urusan berkaitan perumahan rakyat.

SUMBER:

Facebook Rasmi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI