Penjelasan Berkenaan Helikopter Terhempas Berhampiran Stolport Long Lellang, Sarawak

TULAR:
7

Menurut kenyataan Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM):

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan bahawa sebuah helikopter BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF telah terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak, hari ini. CAAM menerima makluman mengenai insiden tersebut daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada jam 3.58 petang.

Helikopter berkenaan sedang menjalankan penerbangan bagi perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service) dengan membawa lima orang, termasuk juruterbang.

Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia, akan menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

SUMBER:

Facebook Rasmi CAAM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI