Menteri Besar Negeri Sembilan Nafikan Dakwaan Libatkan Ahmad Zahid Dalam Isu Institusi Raja

TULAR:
2

SEBENARNYA,

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Haji Ismail bin Lasim:

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Haji Ismail bin Lasim, menafikan dakwaan mengenai penglibatan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Penafian itu dibuat susulan laporan yang disiarkan oleh The Straits Times pada 8 September 2026 berhubung dakwaan berkenaan.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa, Ismail menegaskan bahawa beliau sentiasa menyokong Presiden UMNO serta seluruh barisan kepimpinan parti.

Menurut beliau, sokongan tersebut turut berteraskan usaha untuk menjunjung, mempertahankan dan memelihara keluhuran institusi Raja-Raja Melayu serta prinsip Raja Berperlembagaan.

“Saya sentiasa menyokong Presiden UMNO serta seluruh barisan kepimpinan parti yang sentiasa menjunjung, mempertahankan dan memelihara keluhuran institusi Raja-Raja Melayu serta prinsip Raja Berperlembagaan.”

Ismail turut berharap isu yang melibatkan adat di Negeri Sembilan dapat diselesaikan dengan baik, penuh hikmah dan mengikut lunas undang-undang.

Katanya, penyelesaian secara tertib dan berlandaskan undang-undang penting bagi memastikan kestabilan, keharmonian serta kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan terus terpelihara.

SUMBER:

Facebook Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI