
SEBENARNYA,
Menurut Kementerian Kewangan (MoF):
Kementerian Kewangan (MoF) menjelaskan bahawa tiada sebarang sekatan dibuat terhadap peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi projek jalan luar bandar.
Peruntukan tersebut telah disalurkan sepenuhnya. Namun, terdapat kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor yang terlibat disebabkan oleh peruntukan tahun semasa yang telah dibelanjakan hampir sepenuhnya.\
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, KKDW telah membuat komitmen dan perbelanjaan melebihi peruntukan tahunan yang diluluskan bagi projek-projek jalan luar bandar sejak beberapa tahun lalu.
| Tahun | Peruntukan Diluluskan | Perbelanjaan Sebenar |
|---|---|---|
| 2022 | RM1.1 bilion | RM1.1 bilion |
| 2023 | RM1.1 bilion | RM1.8 bilion |
| 2024 | RM1.3 bilion | RM2.0 bilion |
| 2025 | RM1.6 bilion | RM2.3 bilion |
| 2026* | RM2.1 bilion | RM1.9 bilion |
Perbelanjaan tahun 2026 adalah sehingga Jun 2026.
Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa pihaknya bekerjasama dengan KKDW bagi menangani isu tersebut, antaranya dengan mengatur semula peruntukan KKDW berdasarkan keutamaan.
Setakat kenyataan bertarikh 2 September 2026, MoF juga telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor.
Pada masa yang sama, MoF sedang dalam proses mengenal pasti penjimatan daripada kementerian lain bagi membantu menampung komitmen berlebihan yang dibuat oleh KKDW.
SUMBER:






