Makluman: Status Pengoperasian Sekolah Akan Ditentukan Berdasar Pemantauan Bacaan IPU Jerebu Secara Harian Oleh Jabatan Pendidikan Negeri

TULAR:
9

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM):

KPM mengambil perhatian atas kebimbangan ibu bapa dan penjaga berhubung kesihatan anak-anak yang bersekolah dalam situasi jerebu yang masih berterusan di beberapa kawasan di seluruh negara.

Sehubungan dengan ini, KPM telah mengarahkan Pengarah Pendidikan Negeri (PPN) untuk menubuhkan Jawatankuasa Petugas Pemantau Jerebu yang melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Jawatankuasa ini akan memantau indeks IPU jerebu mengikut ketetapan masa pada setiap hari.

Berdasarkan maklumat dan data oleh jawatankuasa ini, PPN akan membuat keputusan tentang status operasi sekolah sama ada sekolah beroperasi seperti biasa atau sekolah beroperasi secara BDR-PdPr.

PPN akan mengeluarkan pengumuman pada hari Sabtu bagi sekolah dalam kumpulan A dan pada hari Ahad bagi sekolah dalam kumpulan B tentang status operasi sekolah sebelum pukul 2.45 petang. Pemakluman ini turut memudahkan kumpulan murid yang hendak pulang ke asrama atau sebaliknya. Sementara pada hari-hari lain, PPN akan membuat pemakluman sebelum pukul 5.45 petang tentang status operasi sekolah berdasarkan data bacaan IPU jerebu yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kerjasama dan perhatian semua pihak khususnya ibu bapa dan penjaga dipohon agar cakna terhadap pengumuman oleh PPN yang akan dibuat menerusi saluran medium komunikasi rasmi JPN, PPD dan saluran komunikasi yang terdapat di sekolah masing-masing.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI