
Merujuk kenyataan Media Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur (JPWPKL):
JPWPKL sebelum ini sebahagian institusi pendidikan bawah KPM di PPD Bangsar/Pudu telah ditutup berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan tersebut berada pada tahap tidak sihat.
Walau bagaimanapun, berdasarkan pemantauan yang berterusan, JPWPKL ingin memaklumkan perkembangan terkini mengenai status operasi institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di WP Kuala Lumpur. Semua institusi pendidikan di WP Kuala Lumpur akan dibuka semula dan beroperasi secara bersemuka seperti biasa mulai hari Selasa, 13 Oktober 2026.
Keputusan ini dibuat setelah mendapati bacaan akhir IPU mencatatkan paras di bawah 150 di kedua-dua stesen pemantauan kualiti udara di WP Kuala Lumpur, setakat jam 5:00 petang, 12 Oktober 2026. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) serta arahan Bekerja dari Rumah (BDR) bagi kawasan yang terlibat sebelum ini ditamatkan.
Pihak JPWPKL bersama-sama dengan PPD dan institusi pendidikan akan terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa, serta bersedia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan perkembangan kualiti udara. Kami juga memohon agar ibu bapa dan penjaga terus peka terhadap perkembangan semasa serta mengambil langkah berjaga-jaga demi memastikan kesihatan anak-anak terpelihara. BERTAMBAH MUTU
Keselamatan, kesihatan, dan kebajikan murid serta warga pendidikan sentiasa menjadi keutamaan Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur (JPWPKL).
SUMBER:






