Penjelasan Berkenaan Kekeliruan Kenyataan Media Tarikh Pelaksanaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026

TULAR:
7

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan:

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul berkaitan Kenyataan Media Tarikh Pelaksanaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 pada 18 Ogos 2026.

Lembaga Peperiksaan mengambil serius perkara ini dan akan memastikan proses semakan serta penyampaian maklumat diperkemas bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

Semua pihak dimohon merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2026 yang dikeluarkan melalui saluran rasmi Lembaga Peperiksaan sebagai rujukan utama.

SUMBER:

Facebook Rasmi Lembaga Peperiksaan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI