
Menurut kenyataan Penerbangan Awam Malaysia (CAAM):
CAAM mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan Litar Antarabangsa Sepang dan kawasan sekitarnya sepanjang penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 dari 2 hingga 4 Oktober 2026.
Larangan ini adalah bagi memastikan keselamatan penerbangan serta mengelakkan sebarang risiko yang boleh membahayakan pesawat, orang awam dan harta benda. Pengoperasian dron tanpa kelulusan di kawasan berkenaan berisiko mengganggu operasi penerbangan dan menjejaskan keselamatan sepanjang penganjuran acara tersebut.
Orang ramai diingatkan bahawa pengoperasian Sistem Kapal Udara Tanpa Pemandu (UAS) di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 serta Civil Aviation Directives (CADs) yang berkaitan. Tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi peruntukan tersebut.
SUMBER:






