
SEBENARNYA
Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO):
PERKESO mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai warga kerja PERKESO atau menggunakan nama organisasi itu bagi tujuan penipuan, termasuk menawarkan kekosongan jawatan palsu.
PERKESO menegaskan bahawa organisasi itu tidak pernah menggunakan e-mel peribadi bagi urusan rasmi. Sebarang hebahan berkaitan peluang pekerjaan hanya akan dibuat melalui saluran rasmi PERKESO, termasuk laman sesawang dan platform media sosial rasminya.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membalas e-mel yang mencurigakan, tidak mengklik pautan yang tidak dikenali serta tidak berkongsi maklumat peribadi dengan mana-mana pihak yang tidak dapat disahkan.
PERKESO turut menggesa orang ramai supaya menyemak dan mengesahkan terlebih dahulu sebarang maklumat yang diterima melalui saluran rasmi sebelum mengambil sebarang tindakan.
SUMBER:






