Dakwaan JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu Adalah Tidak Benar

TULAR:
9

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

JPJ menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Along Auto Parts dengan tajuk “JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu”, menyerupai berita rasmi.

JPJ memandang serius tindakan mana-mana pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan dengan menggunakan nama, identiti atau imej Jabatan sehingga boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan kredibiliti JPJ.

Laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan sewajarnya diambil berhubung penyebaran kandungan berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sentiasa merujuk saluran rasmi JPJ bagi mendapatkan maklumat yang tepat serta sahih.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI