
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):
MOF menafikan maklumat yang tular mendakwa bahawa Bayaran Penghargaan SARA 2026 sebanyak RM100 akan bermula pada 28 September 2026.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat tersebut dan sentiasa merujuk saluran rasmi MoF bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.
Untuk makluman, SARA Untuk Semua 2026 sebanyak RM100 telah disalurkan secara sekali beri kepada lebih 22 juta rakyat Malaysia dewasa melalui MyKad mulai 9 Februari 2026.
SUMBER:






