
SEBENARNYA:
Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari:
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan poster yang tular melibatkan pengumuman cuti peristiwa bersempena dengan kemenangan negeri berkenaan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.
Beliau berkata sebarang pengumuman rasmi berkenaan perkara itu akan dibuat pada Majlis Penutup SUKMA, yang akan berlangsung di Aneka Walk, Seksyen 14.
Terdahulu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi dilaporkan berkata Selangor akan mempertimbangkan untuk memberikan cuti peristiwa jika kontinjen SUKMA negeri berkenaan berjaya meraih gelaran juara keseluruhan pada temasya itu.
Beliau berkata perkara itu hanya akan diumumkan selepas kiraan pingat dimuktamadkan dengan kontinjen Selangor menunjukkan peluang cerah untuk menamatkan temasya dengan cemerlang.
SUMBER:
Facebook Rasmi Menteri Besar Selangor






