
Menurut kenyataan Rapid KL:
Rapid KL telah mengambil tindakan segera susulan insiden melibatkan masalah teknikal pada salah satu pintu sebuah tren Laluan Kelana Jaya yang sedang dalam perjalanan menuju ke Gombak pada 22 Ogos 2026.
Pada jam 6.49 petang, pasukan operasi mengesan masalah teknikal pada salah satu pintu tren berkenaan yang menyebabkan pintu tersebut tidak dapat ditutup dengan sempurna.
Sejurus keadaan dikenal pasti, prosedur keselamatan operasi telah diaktifkan sertamerta bagi memastikan keselamatan para penumpang terjamin. Tren berkenaan menamatkan perkhidmatan di Stesen Universiti untuk menjalani pemeriksaan lanjut oleh pasukan teknikal. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.
Rapid KL memandang serius sebarang isu yang melibatkan keselamatan penumpang dan operasi. Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca masalah teknikal tersebut, termasuk pemeriksaan terhadap sistem pintu tren berkenaan, sebelum tindakan pembaikan yang sewajamya dilaksanakan.
Rapid KL kekal komited untuk memastikan aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap operasi perkhidmatan rel.
SUMBER:






