
Menurut kenyataan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi (JTKSM):
Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan bahawa tarikh 25 Oktober 2026 (Ahad) diisytiharkan sebagai cuti peristiwa sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengisytiharan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] yang membolehkan Kerajaan Negeri mengisytiharkan mana- mana hari sebagai hari kelepasan am bagi negeri berkenaan.
Cuti peristiwa ini merupakan hari kelepasan am pilihan dan hanya wajib diberikan oleh majikan sektor swasta di negeri Selangor yang memilih Cuti Peristiwa Negeri Selangor sebagai hari kelepasan am berbayar. Majikan yang menetapkan hari Ahad sebagai hari rehat pula hendaklah memberi hari kelepasan am gantian pada hari berikutnya iaitu 26 Oktober 2026 (Isnin) sebagaimana peruntukan yang ditetapkan di bawah seksyen 60D(1) Akta Kerja 1955.
Sebagai alternatif, majikan juga boleh dengan persetujuan pekerja menggantikan hari kelepasan am berbayar tersebut kepada hari lain sebagaimana peruntukan Seksyen 60D (1A) Akta Kerja 1955.
SUMBER:






