Penjelasan Berkaitan Insiden Dua Maut Di Kolam Air Tawar, Besut, Terengganu

TULAR:
4

Menurut kenytaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP):

JKKP memandang serius satu insiden melibatkan dua wanita yang ditemui meninggal dunia di sebuah kolam ikan di Kampung Sentosa, Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu. Mangsa terdiri daripada pemilik kolam dan seorang pelajar praktikal dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka.

Berdasarkan maklumat awal, kedua-dua mangsa disyaki meninggal dunia akibat renjatan elektrik selepas rebah di atas kepingan zink. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan tertakluk kepada pengesahan pihak berkuasa serta laporan perubatan.

JKKP mengingatkan semua majikan dan orang yang bekerja sendiri supaya memastikan pemasangan dan peralatan elektrik berada dalam keadaan selamat, diselenggara dengan baik serta kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan dilaksanakan mengikut prosedur kerja selamat, selaras dengan tanggungjawab di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514]. JKKP Terengganu akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta tindakan yang sewajarnya berdasarkan peruntukan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkuat kuasa.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKKP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI