Penjelasan Berkenaan Laporan Anthropic, Sedang Teliti Isu Dibangkitkan

TULAR:
21

Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):

MCMC mengambil maklum mengenai laporan terkini yang diterbitkan oleh Anthropic dan memandang serius perkara yang dibangkitkan dalam laporan tersebut.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, perkara yang dinyatakan dalam laporan berkenaan bukan sebahagian daripada fungsi atau mandat MCMC. MCMC juga tidak terlibat dalam sebarang aktiviti atau urusan sebagaimana yang digambarkan dalam laporan tersebut.

MCMC kini sedang meneliti laporan berkenaan dan akan mendapatkan maklumat serta penjelasan lanjut daripada pihak-pihak berkaitan bagi memastikan fakta sebenar serta memahami konteks isu yang dibangkitkan.

Berdasarkan maklumat dan bukti yang diperoleh, MCMC akan menentukan tindakan susulan yang bersesuaian mengikut bidang kuasanya, termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan. Usaha melindungi orang ramai dan menangani kemudaratan dalam talian kekal menjadi teras tanggungjawab MCMC. MCMC akan terus memelihara dan memastikan persekitaran dalam talian yang selamat dan dipercayai untuk rakyat Malaysia.

SUMBER:

Sumber Rasmi MCMC

Sumber Rasmi BERNAMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI