
Menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES):
Penglibatan Malaysia dalam Kongres Perlombongan Sedunia (WMC) 2026 mengukuhkan lagi objektif strategik negara dalam menonjolkan potensi sektor mineral domestik yang berdaya saing, mapan dan berorientasikan masa hadapan bagi menyokong agenda peralihan tenaga global.
Delegasi negara yang diketuai oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, serta disertai oleh wakil Kerajaan Sabah, Sarawak dan pemain industri perlombongan Malaysia komited memanfaatkan platform antarabangsa ini untuk meneroka peluang pelaburan baharu, memperkukuh pemindahan teknologi, serta menjalin kerjasama strategik dengan rakan industri global dalam pembangunan industri pemprosesan hiliran dan mineral kritikal. Usaha ini selaras dengan aspirasi negara untuk memperkukuh rantaian nilai mineral, meningkatkan daya saing industri serta menyokong agenda pembangunan mineral yang mampan.
SUMBER:






