Maklumna: Kekangan Kapasiti Penapisan Global Dorong Κenaikan Harga Produk Petroleum

TULAR:
6

Menurut kenytaan Kementerian Kewangan (MOF) :

Berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing meningkat sebanyak 20 sen seliter, manakala harga runcit diesel tanpa subsidi naik sebanyak 15 sen seliter, bagi tempoh 24 September hingga 30 September 2026.

Harga Runcit

Kekangan bekalan produk petroleum bertapis terus mengekalkan harga pasaran pada paras tinggi. Gangguan terhadap pengeluaran produk petroleum bertapis di Rusia, antara pengeksport diesel terbesar dunia, terus mengeruhkan keadaan.

Eksport diesel dari Asia Barat pula telah merosot lebih 50% dari Mac hingga Ogos 2026.

Pemulihan kapasiti penapisan global adalah penting bagi penyederhanaan harga produk petroleum. Pada masa sama, pemulihan aliran petroleum melalui Selat Hormuz boleh membantu mengurangkan tekanan terhadap harga minyak mentah dan produk petroleum bertapis.

Namun begitu, ketidaktentuan geopolitik dunia dijangka terus mempengaruhi turun naik harga produk petroleum dalam jangka sederhana.

Kerajaan akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global ini, termasuk dengan mengekalkan subsidi bersasar BUDI MADANI bagi pengguna yang layak.x

Perlindungan melalui BUDI MADANI

Pada harga semasa, penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) terus membayar RM1.99 seliter berbanding harga RON95 tanpa subsidi RM4.57 seliter. Ini bermakna Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM2.58 seliter, bersamaan 56% daripada harga tanpa subsidi.

Penerima BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pula terus membayar RM2.10 seliter berbanding harga diesel tanpa subsidi RM5.42 seliter, dengan subsidi Kerajaan sebanyak RM3.32 seliter, atau 61% daripada harga tanpa subsidi.

Harga petroleum bersubsidi yang dikekalkan adalah seperti berikut:

Melalui BUD195 dan BUDI Diesel, rakyat Malaysia yang layak terus boleh membeli RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan MyKad, tertakluk kepada had kelayakan bulanan.

Walaupun bekalan bahan api negara kekal mencukupi buat masa ini, Kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat. Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi.

Kerajaan akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

SUMBER:

Facebook Rasmi  MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI