Makluman: Video Tular Kes Kecurian Kabel Di Jalan Jelatek

TULAR:
6

Menurut kenyataan Polis Daerah Ampang Jaya:

Pihak polis telah menerima laporan berkaitan satu rakaman video yang tular memaparkan beberapa individu menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih dan sebuah kereta toyota harrier berwarna putih sedang menarik kabel milik TM Tech Sdn. Bhd. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jalan Jelatek, Dato Keramat, Selangor. Pihak syarikat menganggarkan kerugian berjumlah lebih kurang RM15,000.

Kejadian dikesan pada 15 September 2026, jam lebih kurang 4.30 petang, di sekitar Jalan Jelatek, Dato Keramat, Selangor. Pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terlibat serta mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 379, Seksyen 431a Dan Seksyen 124k Kanun Keseksaan Serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia

Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau mengenali individu yang terlibat supaya tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis

Kes masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan kandungan serta tidak mengambil sebarang tindakan sendiri yang tidak sahih

SUMBER:

Facebook Polis Daerah Ampang Jaya


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI