Penjelasan Berhubung Ketidakpatuhan Pekerja Pembersihan KDEBWM terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP)

TULAR:
14

Menurut kenyataan KDEB Waste Management (KDEBWM):

KDEBWM  mengambil maklum mengenai video yang tular di media sosial berhubung tindakan seorang pekerja pembersihan di kawasan yang dikenal pasti.

Sehubungan itu, KDEBWM telah menjalankan siasatan awal dan mendapatkan penjelasan daripada pihak kontraktor yang terlibat bagi memastikan fakta berhubung perkara tersebut.

Hasil siasatan mendapati tindakan pekerja berkenaan adalah tidak selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh KDEBWM. Sehubungan itu, pekerja berkenaan telah diberhentikan oleh kontraktor yang dilantik KDEBWM, manakala surat amaran turut dikeluarkan kepada kontraktor berkenaan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemantauan KDEBWM di kawasan kerja lain dalam zon berkenaan, keadaan kebersihan secara keseluruhannya adalah berada pada tahap yang baik. Perkara yang dibangkitkan dalam video tersebut adalah melibatkan tindakan individu yang tidak sepatutnya dilakukan dan tidak menggambarkan keseluruhan pelaksanaan kerja pembersihan di zon tersebut.

KDEBWM menegaskan bahawa setiap petugas dan pihak kontraktor hendaklah mematuhi SOP, skop kerja serta standard perkhidmatan yang telah ditetapkan. KDEBWM akan terus memperkukuh pemantauan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang ketidakpatuhan bagi memastikan mutu perkhidmatan kebersihan sentiasa terpelihara.

SUMBER:

Facebook Rasmi KDEBWM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI