Penjelasan Berhubung Dakwaan Melibatkan Penceramah Bebas

TULAR:
15

Menurut kenyataan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan:

Saya mengambil maklum beberapa dakwaan yang sedang tular di media sosial melibatkan seorang penceramah bebas yang pernah mengendalikan program bersama murid di sekolah.

Dakwaan yang dibangkitkan adalah serius kerana melibatkan keselamatan dan perlindungan murid. Saya telah meminta Kementerian Pendidikan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini.

Berhubung perkara ini, saya menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat tampil membuat laporan kepada pihak polis. Laporan kepada pihak berkuasa sangat penting bagi memastikan anak-anak mendapat perlindungan dan sokongan yang sewajarnya.

Buat masa sekarang saya telah mengarahkan semua program melibatkan penceramah bebas berkenaan dihentikan serta merta bagi memberi ruang kepada siasatan penuh dilaksanakan.

Keselamatan murid mesti dipandang serius dan diteliti. Keselamatan anak-anak di bawah jagaan kita tidak boleh dikompromi.

SUMBER:

Facebook Rasmi Menteri Pendidikan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI