Waspada Penyalahgunaan Nama Pegawai JAS Pada Surat Pelantikan Pembekal

TULAR:
11

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS):

JAS mengambil maklum berhubung pelbagai isu yang tular di media sosial dan laporan media mengenai penyalahgunaan nama Jabatan serta nama dan maklumat pegawai Jabatan bagi tujuan tempahan dan urusan perolehan, termasuk kes yang dilaporkan berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Jabatan menafikan sekeras-kerasnya sebarang keterlibatan Jabatan dan pegawai-pegawai JAS dalam urusan tempahan, pembelian, pelantikan vendor atau apa-apa transaksi perolehan yang dibuat oleh mana-mana pihak dengan. menggunakan nama, jawatan atau identiti pegawai Jabatan.

Jabatan menegaskan bahawa sebarang surat atau dokumen yang menggunakan nama, jawatan atau maklumat pegawai Jabatan bagi tujuan urusan rasmi, tetapi tidak dikeluarkan melalui saluran dan prosedur rasmi yang ditetapkan, adalah tidak sah dan tidak diiktiraf sebagai dokumen rasmi JAS. JAS tidak membenarkan sebarang penggunaan nama, jawatan atau maklumat pegawai Jabatan tanpa kebenaran bagi tujuan tersebut kerana ia boleh mengelirukan orang awam dan pihak berkepentingan serta menjejaskan kredibiliti dan integriti Jabatan.

JAS memandang serius perkara ini dan laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa. Jabatan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan dan memastikan perkara ini ditangani mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

JAS ingin menegaskan bahawa segala urusan rasmi Jabatan, termasuk urusan perolehan dan pelantikan vendor, hendaklah dilaksanakan mengikut tatacara, prosedur dan saluran rasmi yang ditetapkan. Sebarang pihak yang mempunyai keraguan mengenai kesahihan sesuatu surat atau dokumen yang menggunakan nama JAS adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan terus daripada Jabatan Alam Sekitar melalui saluran rasmi.

SUMBER:
Facebook Rasmi  JAS


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI