Dakwaan Terdapat Bantuan eMadani RM1,700 Untuk Suri Rumah, Ibu Tunggal Dan Warga Emas Adalah Tidak Benar

TULAR:
8

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

MOF ingin menegaskan bahawa maklumat yang sedang tular mengenai kononnya terdapat “Bantuan eMADANI RM1,700” untuk suri rumah, ibu tunggal dan warga emas adalah PALSU.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, tidak menekan sebarang pautan mencurigakan dan tidak berkongsi maklumat peribadi atau perbankan melalui laman atau akaun yang tidak sah.

Pastikan setiap maklumat berkaitan bantuan dan inisiatif Kerajaan disemak melalui saluran rasmi Kerajaan sebelum dikongsi.

Semak dahulu. Jangan mudah percaya. Jangan sebarkan maklumat palsu.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI