
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):
MOF ingin menegaskan bahawa maklumat yang sedang tular di media sosial berhubung kononnya terdapat “Bantuan Ibu Bersalin 2026” berjumlah RM450 untuk seluruh rakyat Malaysia adalah PALSU.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengimbas kod QR, menekan sebarang pautan atau memberikan maklumat peribadi dan perbankan melalui hantaran berkenaan.
Sentiasa berhati-hati terhadap kandungan yang menggunakan Jata Negara, gambar pemimpin atau nama agensi Kerajaan bagi meyakinkan orang ramai. Taktik sedemikian boleh digunakan untuk memperdaya mangsa serta mendapatkan maklumat peribadi.
Pastikan setiap maklumat berkaitan bantuan dan inisiatif Kerajaan disemak melalui saluran rasmi Kerajaan dan Kementerian Kewangan sebelum dikongsi.
SUMBER:






