Makluman: Gangguan Bekalan Air Berjadual di Beberapa Kawasan Pulau Pinang

TULAR:
5

Menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP):

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) memaklumkan mengenai beberapa gangguan bekalan air berjadual yang akan berlaku pada Rabu, 19 Ogos 2026 melibatkan beberapa kawasan di Pulau Pinang.

Gangguan ini berpunca daripada kerja-kerja pembaikan, pemasangan meter serta penyambungan paip yang dijalankan bagi memastikan sistem bekalan air berada dalam keadaan baik.

1. Taman Kesumba, Seberang Perai Selatan (SPS)

Kerja-kerja pembaikan Pressed Steel Tank di Seberang Perai Selatan (SPS) dijadualkan berlangsung dari:

5.00 petang, Rabu, 19 Ogos 2026 hingga 11.00 malam, Ahad, 23 Ogos 2026.

Gangguan ini melibatkan kira-kira 204 akaun pengguna di:

  • Taman Kesumba, SPS

Jenis gangguan yang dijangka berlaku adalah tiada air.

2. Jalan Angsana dan Sekitarnya, Daerah Timur Laut (DTL)

Kerja-kerja pemasangan Electromagnetic Magflow Meter di Daerah Timur Laut (DTL) akan dilaksanakan pada:

11.00 malam, Rabu, 19 Ogos 2026 hingga 5.00 pagi, Khamis, 20 Ogos 2026.

Gangguan ini melibatkan kira-kira 1,500 akaun pengguna di kawasan berikut:

  • Jalan Angsana
  • Medan Angsana 1–4
  • Lintang Angsana

Pengguna di kawasan terlibat mungkin mengalami:

  • Tiada air
  • Kualiti air terjejas atau berwarna
  • Tekanan air rendah

3. Hospital Pantai Jalan Tengah dan Petron Jalan Tengah

Kerja-kerja penyambungan paip lencongan 300mm x 150mm di Daerah Barat Daya (DBD) pula dijadualkan pada:

11.00 malam, Rabu, 19 Ogos 2026 hingga 2.00 pagi, Khamis, 20 Ogos 2026.

Gangguan ini melibatkan kira-kira 2 akaun pengguna, iaitu:

  • Hospital Pantai Jalan Tengah
  • Petron Jalan Tengah

Jenis gangguan yang dijangka berlaku adalah:

  • Tiada air
  • Kualiti air terjejas atau berwarna
  • Tekanan air rendah

Pengguna yang terjejas disarankan supaya menyimpan bekalan air yang mencukupi bagi keperluan sepanjang tempoh gangguan. PBAPP turut memaklumkan bahawa status gangguan bekalan air akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui Facebook rasmi PBAPP Penang.

SUMBER:

Gangguan Bekalan Air 1: Facebook Rasmi PBAPP

Gangguan Bekalan Air 2: Facebook Rasmi PBAPP

Gangguan Bekalan Air 3: Facebook Rasmi PBAPP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI