Makluman: Encik Thiyagaraj Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur

TULAR:
2

Menurut Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP):

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada Encik Thiyagaraj a/l Sankaranarayanan atas pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, watikah pelantikan telah disampaikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TP Fadlun Mak Ujud, dalam satu majlis yang turut disaksikan oleh Hannah Yeoh.

Beliau berharap Encik Thiyagaraj dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh integriti, profesionalisme dan komitmen, serta memainkan peranan sewajarnya dalam memberi pandangan dan nasihat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur demi kepentingan warga kota.

Menurut kenyataan itu lagi, Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur berperanan memberikan pandangan serta nasihat berkaitan pentadbiran dan pembangunan Kuala Lumpur bagi memperkukuh tadbir urus bandar raya yang lebih cekap, telus dan responsif terhadap keperluan rakyat.

Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bagi mendapatkan maklumat yang tepat berhubung pelantikan tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi JWP

Instagram Rasmi JWP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI