
Menurut kenyataan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN):
PERHILITAN Negeri Perak mengambil perhatian dan tindakan berterusan bagi memantau kemandirian seekor gajah liar jantan dewasa yang dikesan berkeliaran di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak sejak 17 Ogos 2026.
Hasil pemantauan mendapati gajah berkenaan mengalami kecederaan pada kaki hadapan sebelah kanan. Walau bagaimanapun, keadaan fizikal dan tingkah lakunya adalah normal serta masih mampu makan dan bergerak dengan baik. Keadaan luka juga didapati semakin kering dan menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Jabatan PERHILITAN telah mengambil tindakan menggiring gajah tersebut kembali masuk ke kawasan hutan serta melaksanakan pemantauan terhadap Memandangkan gajah berkenaan masih kembali ke kawasan jalan pergerakan dan keadaannya.
raya, pemantauan dan tindakan menggiring akan diteruskan setiap hari dengan kekerapan dua kali sehari, iaitu pada waktu siang dan malam.
Jabatan PERHILITAN turut memperkukuh kesiapsiagaan anggota di lapangan termasuk mendapatkan penilaian doktor veterinar bagi menentukan keadaan fizikal serta kecederaan gajah berkenaan dan keperluan tindakan susulan.
Sebagai langkah pencegahan, Jabatan PERHILITAN menasihatkan pengguna JRTB, khususnya di sekitar Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Titiwangsa, supaya memperlahankan kenderaan, khususnya dalam lingkungan 5 kilometer sebelum tiba di Hentian R&R Titiwangsa dari kedua-dua arah.
Pengguna hendaklah sentiasa mematuhi arahan anggota penguat kuasa dan petugas Jabatan PERHILITAN sekiranya berada di kawasan pemantauan, tidak mengambil gambar atau video gajah kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan kenderaan berhenti dan mengganggu kelancaran aliran trafik. Pemberian makanan atau meletakkan makanan untuk gajah adalah ditegah di sepanjang JRTB.
Jabatan PERHILITAN prihatin terhadap keselamatan pengguna jalan raya dan kebajikan hidupan liar. Sebarang tindakan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan keadaan semasa di lapangan dengan mengambil kira aspek keselamatan orang awam, pengguna jalan raya dan gajah berkenaan.
Pada mana-mana ketika apabila berdepan dengan hidupan liar termasuk gajah, pengguna jalan raya perlu peka dengan tidak berhenti atau keluar dari kenderaan sekiranya hidupan liar berada di bahu jalan dan tidak menunjukkan tingkah laku agresif atau apa jua bentuk provokasi.
SUMBER:






