Makluman: Pemakluman Pengoperasian Seperti Biasa Semua Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan (KPM) Di WP Kuala Lumpur

TULAR:
7

Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur (JPWPKL):

Adalah dimaklumkan bahawa semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh WP Kuala Lumpur akan beroperasi secara bersemuka seperti biasa pada hari Khamis, 15 Oktober 2026. Walau bagaimanapun, semua aktiviti luar bilik darjah adalah ditangguhkan.

Murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu semasa.

Ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan tahap kesihatan anak-anak untuk hadir ke sekolah berikutan keadaan jerebu boleh memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah. Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga hendaklah memaklumkan ketidakhadiran anak kepada pihak sekolah.

Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur sentiasa mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga sekolah. Semua pihak diminta untuk terus peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi nasihat pihak berkuasa berkaitan keadaan jerebu.

Keselamatan, kesihatan, dan kebajikan murid serta warga pendidikan sentiasa menjadi keutamaan Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur (JPWPKL).

SUMBER:

Facebook Rasmi JPWPKL


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI