
Menurut Majlis Amanah Rakyat (MARA):
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menafikan dakwaan mengenai pelantikan ejen bagi menguruskan tajaan pendidikan MARA. MARA menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melantik atau memberikan kuasa kepada mana-mana individu, syarikat atau pihak ketiga sebagai ejen untuk menguruskan sebarang urusan berkaitan permohonan, tawaran atau penempatan Program Tajaan MARA.
MARA turut memaklumkan bahawa sebarang tawaran, janji atau urusan yang dibuat oleh pihak luar dengan mendakwa mereka boleh membantu dalam urusan tajaan MARA adalah palsu dan tidak sah. MARA juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau penyelewengan yang melibatkan pihak yang menggunakan nama MARA tanpa kebenaran.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memberikan maklumat peribadi, membuat sebarang bayaran atau menyerahkan dokumen kepada mana-mana pihak yang mendakwa boleh membantu menguruskan tajaan MARA. Sebarang maklumat berkaitan Program Tajaan MARA hendaklah diperoleh melalui saluran rasmi MARA.
SUMBER:






