
Menurut Perbadanan Putrajaya:
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penurapan semula jalan akan dilaksanakan di Jalan P9B/9 pada 20 Ogos 2026 (Khamis) bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 4.30 petang.
Sehubungan dengan itu, 1 lorong akan ditutup secara berperingkat bagi menjalankan kerja yang berkaitan.
Sila patuhi semua papan tanda serta kurangkan kelajuan, dan utamakan keselamatan diri serta kakitangan yang bertugas dan pengguna jalanraya yang lain. Kerjasama anda amatlah dihargai
SUMBER:
Facebook Rasmi Perbadanan Putrajaya
Instagram Rasmi Perbadanan Putrajaya






