
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT):
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang memaparkan senarai 10 Universiti Awam (UA) terbaik berdasarkan kadar kebolehpasaran graduan tahun 2025 dengan menggunakan Jata Rasmi KPT serta merujuk kepada Kajian Pengesanan Graduan 2025 dan portal rasmi KPT sebagai sumber.
KPT ingin menegaskan bahawa kandungan tersebut bukan merupakan data rasmi KPT dan tidak pernah dikeluarkan, disahkan atau diluluskan oleh Kementerian.
Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang sahih hanya melalui saluran komunikasi rasmi KPT serta tidak berkongsi maklumat yang belum disahkan.
KPT turut mengingatkan bahawa sebarang penggunaan data, laporan, logo atau Jata Rasmi KPT bagi tujuan penerbitan, hebahan atau perkongsian kepada orang awam hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dan kelulusan rasmi daripada KPT bagi mengelakkan kekeliruan kepada pihak berkepentingan dan masyarakat.
SUMBER:






