
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama):
1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya serangan ganas ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi yang meragut 12 nyawa serta mencederakan 309 orang awam daripada pelbagai negara. JPM (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban serta mendoakan kesembuhan yang segerat buat mereka yang tercedera.
2. Pencerobohan ke atas sasaran dan prasarana awam ini merupakan perbuatan yang sama sekali tidak boleh diterima di bawah mana-mana hukum, moral, mahupun syarak. Tindakan menumpahkan darah orang awam dan meluaskan kancah peperangan ke kawasan aman jelas mencabar prinsip dasar kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa.
3. Di tengah-tengah ancaman konflik serantau yang makin meruncing, JPM (Hal Ehwal Agama) mendesak agar keutamaan mutlak diberikan kepada perlindungan nyawa orang awam dan jalan penyelesaian diplomatik sebelum keadaan menjadi semakin parah.
SUMBER:






