Makluman: KPM Junjung Titah KDYMM Yang Di-Pertuan Agong, Utamakan Keselamatan Dan Kesihatan Murid Serta Warga Pendidikan Susulan Keadaan Jerebu

TULAR:
12

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM):

menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda di negara ini.

Sehubungan itu, bagi melindungi murid dan warga pendidikan daripada terdedah kepada keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan, KPM memaklumkan bahawa:

Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 berdasarkan catatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hendaklah ditutup bermula Jumaat, 9 Oktober 2026.

Bagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama 3 hari berturut-turut hendaklah ditutup bermula pada Isnin, 12 Oktober 2026.

Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas dikehendaki melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).

Dalam tempoh pelaksanaan ini, pihak sekolah hendaklah memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran murid melalui kaedah yang bersesuaian dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.

Berdasarkan pertimbangan YB Menteri Pendidikan, guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan.

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan di bawah KPM hendaklah membuat pemantauan secara berterusan dan mengambil tindakan sewajarnya apabila bacaan IPU melebihi paras yang dimaklumkan seperti di atas.

KPM akan terus memantau perkembangan dari masa ke semasa dan sentiasa mendapatkan nasihat dari Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan terpelihara sebagaimana titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI