
Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB):
TNB mengesahkan kejadian kemalangan elektrik melibatkan orang awam di sebuah pepasangan milik TNB di Kota Tinggi, Johor pada 12 Oktober 2026. Pasukan teknikal TNB telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.
Kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti vandalisme. TNB akan memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengusik, membuka atau menghampiri pepasangan elektrik kerana tindakan sedemikian boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kehilangan nyawa.
SUMBER:






