Makluman: Pemakluman Penutupan Sekolah Di Negeri Selangor Berikutan Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)

TULAR:
11

Merujuk kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor:

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor memaklumkan bahawa semua sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Langat, PPD Petaling Perdana, PPD Kuala Langat dan PPD Sepang ditutup sepenuhnya pada 13 Oktober 2026 (Selasa) berikutan perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Penutupan ini melibatkan semua sekolah di keempat-empat daerah berkenaan. Sementara itu, semua sekolah di daerah-daerah lain di Negeri Selangor beroperasi seperti biasa.

Pihak sekolah yang terlibat diminta memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa atau penjaga serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa diutamakan.

Warga pendidikan dan ibu bapa juga dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti makluman rasmi daripada pihak berkuasa berhubung perkembangan kualiti udara dan arahan operasi sekolah yang berkaitan.

Maklumat lanjut mengenai operasi dan pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI