Makluman: Harga Petrol dan Diesel Turun Bagi 20 hingga 26 Ogos 2026

TULAR:
5

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

Berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum tanpa subsidi meningkat bagi tempoh 20 Ogos hingga 26 Ogos 2026, seiring dengan kenaikan harga minyak mentah dunia. Harga runcit RON97 meningkat sebanyak 10 sen seliter, RON95 tanpa subsidi meningkat 15 sen seliter, manakala diesel tanpa subsidi meningkat 20 sen seliter.

Ketidakstabilan geopolitik dunia yang berlarutan terus meningkatkan risiko terhadap harga dan bekalan minyak mentah dunia.

Selepas 172 hari konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran, kekangan trafik di Selat Hormuz terus memberi kesan kepada bekalan minyak mentah dunia. Setakat ini, Amerika Syarikat dan Iran masih belum mencapai kata sepakat mengenai penyelesaian konflik tersebut.

Sementara itu, konflik Rusia-Ukraine turut menambah tekanan terhadap bekalan petroleum dunia. Dalam tempoh pengiraan APM, Ukraine telah menyerang sebuah loji penapisan minyak di Rusia, yang merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar dunia.

Selagi konflik di Asia Barat belum mencapai penyelesaian muktamad dan aliran petroleum melalui Selat Hormuz belum kembali normal, harga produk petroleum dijangka terus mengalami turun naik ketara. Ketidaktentuan yang berpanjangan juga berisiko memberi kesan lebih mendalam terhadap bekalan produk petroleum di seluruh dunia.

Kerajaan MADANI bertekad untuk melindungi rakyat dan perniagaan daripada tempias keruncingan global ini sebaik mungkin.

Namun begitu, rakyat diseru agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat. Merancang perjalanan yang lebih cekap serta mengurangkan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu mengurangkan tekanan terhadap bekalan negara dan perbelanjaan subsidi.

Melalui sistem subsidi bersasar yang disediakan, Kerajaan terus melindungi pengguna yang layak daripada kenaikan harga pasaran. Bagi pengguna yang layak di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95), Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.78 seliter, sekitar 47% daripada harga RON95 tanpa subsidi semasa. Bagi pengguna yang layak di bawah BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pula, Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM2.57 seliter, atau 55% daripada harga diesel tanpa subsidi.

Penetapan harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi bagi tempoh 20 Ogos hingga 26 Ogos 2026 adalah seperti berikut:

Harga Runcit

Harga petroleum bersubsidi yang dikekalkan adalah seperti berikut:

Melalui BUD195 dan BUDI Diesel, rakyat Malaysia yang layak terus boleh membeli RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan MyKad, tertakluk kepada kelayakan dan baki kelayakan bulanan masing-masing.

Kerajaan akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI