
Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM):
JIM mengambil maklum mengenai satu hantaran yang tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan yang menggunakan logo JIM dan dipandu oleh seorang individu warga asing.
Hasil semakan awal mendapati kenderaan berkenaan bukan milik atau aset rasmi Jabatan Imigresen Malaysia. JIM memandang serius penggunaan logo Jabatan pada kenderaan tersebut kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan salah tanggapan dalam kalangan masyarakat.
Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terlibat serta tujuan penggunaan logo JIM pada kenderaan berkenaan. Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa sekiranya terdapat sebarang pelanggaran.
JIM tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan logo atau identiti Jabatan yang boleh mengelirukan orang ramai atau menjejaskan imej dan integriti Jabatan. Pihak Jabatan menghargai keprihatinan orang ramai berhubung perkara ini dan akan memastikan siasatan dilaksanakan dengan sewajarnya.
SUMBER:






