PENJELASAN:
Kerajaan Negeri Kedah memperjelaskan dakwaan sebuah klip video yang mendakwa kononnya 211 orang anak yatim dihalau keluar dari sebuah pusat jagaan di Sungai Petani, Kedah.
Menurut kenyataan rasmi Kerajaan Negeri Kedah:
Pusat Jagaan Anak-Anak Cahaya Amal Bistari adalah sebuah pusat jagaan yang tidak berdaftar di bawah seksyen 5, Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan) 2007.
Pusat jagaan yang tidak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan) 2007 adalah salah di sisi undang-undang. Berdasarkan seksyen 5, Akta Pusat Jagaan 1993:
a. 5(1)Tertakluk kepada subseksyen (3), tiada seorang pun boleh mengendalikan atau mengambil bahagian dalam pengurusan sesuatupusat jagaan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini.
b. 5(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal sesuatu kesalahan berterusan, boleh sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidakmelebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan ituberterusan.
Pusat jagaan yang tidak berdaftar boleh diambil tindakan Lak dan juga Pendakwaan selaras dengan peruntukan seksyen 16A dan seksyen 21 Akta yang sama.
Pegawai penyiasat JKM telah dilantik bagi menjalankan siasatan terhadap pusat jagaan yang tidak berdaftar. Hasil siasatan mendapati Pusat Jagaan Anak-anak Cahaya Amal Bistari gagal mengemukakan perakuan pendaftaran Pusat Jagaan.
Pada tahun 2018, sebanyak 18 tindakan penguatkuasaan terhadap TASKA dikenakan iaitu 10 Notis Arahan Bertulis KPKM, 8 Pembatalan perakuan pendaftaran. Manakala 14 tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap Pusat Jagaan iaitu 13 Notis Arahan Bertulis KPKM, 1 Pembatalan Perakuan Pendaftaran Pusat Jagaan.
JKM sentiasa memandang isu pusat jagaan dan TASKA yang tidak berdaftar kerana ianya akan membahayakan penghuni yang dijaga jika tidak mengikut standard minimum yang telah ditetapkan. Semua pengusaha TASKA dan pengendali Pusat Jagaan sepatutnya berdaftar terlebih dahulu sebelum beroperasi sebagai pusat jagaan atau TASKA.
SUMBER:
Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman