Bebola Daging Jenama Kottbullar Produk IKEA Tidak Halal?

TULAR:
3572

PENJELASAN:

Pihak Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan lebih lanjut status halal premis dan produk makanan keluaran IKEA.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):

Ianya berpunca dari kesilapan paparan iklan menu produk bebola daging jenama Kottbullar di salah sebuah pasaraya berkenaan yang tertera mengandungi bahan ramuan tidak halal.

Untuk makluman, sehingga kini premis makanan IKEA belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Perlu diketahui, premis makanan yang belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia bermaksud tiada pihak berautoriti yang mengesahkan status halal bagi keseluruhan bahan-bahan ramuan, produk serta rantaian berkaitan halal di premis makanan berkenaan.

Walau bagaimanapun, terdapat produk jenama IKEA yang telah dipersijilkan halal dan dijual di pasaran. Namun, premis makanan yang menggunakan produk sebegini tidaklah bermaksud ia boleh memperihalkannya sebagai telah dipersijilkan halal melainkan hendaklah diperakukan halal oleh JAKIM atau JAIN selaku pihak yang berautoriti dalam Pensijilan Halal Malaysia.

SUMBER:

Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI