YAB PM Dan Isteri Kemalangan Di Parlimen?

TULAR:
22592

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa kononnya YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali terlibat dalam kemalangan di Parlimen.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri dan isteri tidak terlibat dalam sebarang kemalangan di Parlimen.

Jelasnya, gambar tersebut juga tidak menggambarkan suasana di Parlimen dan berkemungkinan ia merupakan gambar di luar negara.

Terdahulu, tular menerusi kiriman WhatsApp yang mengatakan gambar kereta yang membawa Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah terbabas semasa keluar dari sidang Parlimen.

SUMBER:

Kosmo

Mstar Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI